Pesta & Acara

FIESTA BELON UDARA PANAS PULAU PINANG

Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang adalah satu-satunya festival belon udara panas yang dianjurkan di sebuah pulau di Malaysia dan ianya dianjurkan setiap tahun sempena Tahun Baru Cina.

FESTIVAL GEORGE TOWN

Festival George Town adalah perayaan tahunan berkaitan seni, budaya, warisan dan masyarakat yang berlangsung selama sebulan sempena pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

FESTIVAL MAKANAN ANTARABANGSA PULAU PINANG

Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang meraikan hidangan menakjubkan yang hanya dijumpai di pusat makanan Malaysia, mempamerkan keaslian makanan Pulau Pinang yang terkenal di dunia.

ANIME MATSURI PULAU PINANG

Anime Matsuri Pulau Pinang adalah parti "anisong" luar yang terbesar di Malaysia yang berlangsung di tengah-tengah bandar George Town.

MARATON ANTARABANGSA JAMBATAN PULAU PINANG

Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang adalah acara larian tahunan yang dianjurkan di Jambatan Pulau Pinang dan merupakan acara sukan dengan penyertaan terbesar yang diadakan di Pulau Pinang.

FESTIVAL JAZZ PULAU PINANG

Festival Jazz Pulau Pinang bermula pada tahun 2004 sebagai sebuah acara yang berlangsung selama dua hari dengan penyertaan 12 kumpulan dari enam (6) buah negara dan kini ianya telah meningkat sehingga empat (4) hari dengan lebih daripada 100 kumpulan dari lebih 25 buah negara.

Lawati www.mypenang.gov.my/events.aspx untuk maklumat tentang lebih banyak acara!