TARIKAN BARU

The Top@Komtar

THE TOP @ Komtar yang terletak di tengah-tengah bandar George Town menawarkan anda lokasi perdana kepada pelbagai aktiviti yang paling menarik di Pulau Pinang. Ia ditempatkan di KOMTAR iaitu bangunan ikonik Pulau Pinang yang pernah diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di Asia. Tarikan yang diketengahkan di THE TOP @ Komtar termasuk Window of THE TOP, Orchestra of Dreams, Pusat Penyelidikan Jurasik dan sebuah pawagam 7D (7D Discovery Motion Theatre).

Window of THE TOP mengambil kesempatan ketinggian bangunan ini untuk merangkumi Rainbow Skywalk serta Dek Pemerhatian bila mana kedua-duanya menawarkan pemandangan Pulau Pinang yang amat menakjubkan dari aras yang tinggi. Sebahagian besar aktiviti yang ditawarkan di sini merupakan gabungan teknologi dan keseronokan dan ini menjadikannya taman tema yang unik untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thetop.com.my

Tech Dome

Science Discovery Centre Pulau Pinang, Tech Dome, mempunyai banyak daya tarikan yang akan membuka lima deria anda, mengajar bagaimana tubuh anda berfungsi dan membuat pembelajaran sains menarik. Terdapat 120 pameran interaktif yang dikategorikan kepada enam galeri - Teknologi Maklumat, Life Tech, Robotik, Optik, Elektro-Magnet dan Daya & Pergerakan. Di samping itu, terdapat Zon Eksplorasi Kanak-kanak, Balai Cerap Astronomi dan Kafé yang mempamerkan Kisah Transformasi Pulau Pinang.

Belajar tentang bintang dan buruj di Star Gazer di Balai Cerap Astronomi – PIXO yang diselia oleh Persatuan Astronomi Pulau Pinang. Anda akan dapati bahawa terdapat lebih di langit daripada di bumi dan terdapat yang lain selain bintang-bintang yang anda lihat pada waktu malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.techdomepenang.org

The Habitat

Yang pertama seumpamanya di Malaysia, The Habitat adalah kemudahan eko-pelancongan bertaraf dunia yang terletak di pinggir hutan hujan dara berusia 130 juta tahun di Bukit Bendera. Terletak bersebelahan bandaraya Pulau Pinang dan sekitarnya, daya tarikan eko-mesra termasuklah laluan alam semulajadi yang bersejarah (Nature Trail), jambatan kanopi (Canopy Bridges), berjalan di puncak pokok-pokok (A Tree Top Walk), denai kanopi (Canopy Walkways) dan Zip-Lines. Pakar alam semulajadi yang telah dilatih khusus akan mengajar anda tentang pelbagai serangga, burung, reptilia, mamalia dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dan mendiami The Habitat.

Terdapat pelbagai kawasan rehat di sepanjang Nature Trail yang bertemakan taman seperti taman-taman halia serta pavilion-pavilion orkid dan bromeliad. Laluan ini adalah sesuai untuk semua peringkat umur dan adalah 100% sesuai untuk kereta sorong bayi dan juga kerusi roda. Kunjungi The Habitat Penang Hill dan anda akan terpesona dengan pemandangan, bunyi dan keindahan hutan hujan - dan anda mungkin dapati bahawa satu kunjungan sahaja tidak memadai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thehabitat.my

Design Village Outlet Mall

Nikmati membeli-belah tanpa perlu tawar-menawar sepanjang 365 hari di Design Village Outlet Mall (DVO) iaitu pusat membeli-belah terbesar di Malaysia. Merentangi 400,000 kaki persegi dengan lebih daripada 150 jenama antarabangsa dan tempatan, kedua-dua premium dan mewah, DVO menawarkan pilihan terbaik produk-produk berkualiti tinggi pada harga runtuh iaitu dengan diskaun sehingga 70% setiap hari. Alami pengalaman membeli-belah baru di DVO dengan laluan pejalan kakinya yang lebar dan teduh serta dipenuhi fesyen, pakaian kanak-kanak, sukan dan barangan rumah, restoran dan kafe.

Design Village Outlet Mall terletak di bandar yang baru dibangunkan di Bandar Cassia dan mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Ianya cuma 5 minit dari Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah), 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan 45 minit dari George Town.

Untuk maklumat lanjut, sila layari designvillage.today

Escape

Tidak seperti taman tema lain, ESCAPE terletak dalam dan dikelilingi alam semulajadi. Diilhamkan oleh anak kelahiran Pulau Pinang dan juga pereka taman tema antarabangsa, Sim Choo Kheng, taman tema ini direka berdasarkan pengalaman beliau membesar di persekitaran semula jadi di Pulau Pinang. Misi taman tema ini adalah untuk memperkenalkan semula hubungkait manusia dengan alam semulajadi kepada semua peringkat umur.

Belajar untuk memanjat seperti seorang profesional dan sempurnakan kemahiran imbangan anda di laluan tali Monkey Business yang mencabar; nikmati keseronokan “terbang” di antara pokok-pokok di talian-luncur Flying Lemur atau Kite Flyer; meluncur menuruni bukit di Tubby Racer; melambung dari pad pelancaran di Atan's Leap; mendaki Menara Gecko; lalui A-Maze dan Foxy Burrow; dan banyak lagi! Ianya seperti zaman kanak-kanak anda tidak pernah berakhir.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.escape.my

Entopia

Entopia adalah sebuah pusat pembelajaran alam semulajadi di mana alam serangga dan tumbuhan terbaik di dunia digabungkan. Dahulu dikenali sebagai Penang Butterfly Farm, kawasan lindungan tropika ini telah dibaikpulih dan kini telah ditambah dengan aktiviti-aktiviti dua alam baru: The Natureland dan The Cocoon.

The Natureland secara dasarnya adalah sebuah taman vivarium. Ia adalah pusat perlindungan rama-rama dan pepatung terbesar di Malaysia dengan lebih 15,000 ekor rama-rama yang berterbangan di sekitarnya pada satu-satu masa. Manakala The Cocoon pula merupakan pusat penemuan dalam bangunan yang mempunyai pameran pembelajaran serta aktiviti dalaman. Selain dapat memperhatikan lebih 150 spesies fauna (haiwan dan invertebra lain) sepanjang pameran itu, terdapat juga pelbagai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan mendidik. Aktiviti-aktiviti ini boleh disertai pada waktu yang telah dijadualkan setiap hari. Aktiviti pengukuhan kumpulan dan bengkel pembelajaran juga disediakan untuk semua peringkat umur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.entopia.com

Setia Spice

The Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (SPICE) merupakan pembangunan bersepadu ulung Pulau Pinang oleh Kumpulan S P Setia Bhd. Terletak secara strategik lima (5) minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pembangunan SPICE merangkumi Pusat Konvensyen Setia SPICE, Arena Setia SPICE, Pusat Akuatik Setia SPICE, Kanopi Setia SPICE dan sebuah hotel kelas perniagaan.

Semua tempat tersebut adalah berskala besar dan dibina untuk penganjuran pelbagai acara seperti mesyuarat, konsert, acara sukan serta pameran. Bahkan ianya juga mempunyai sebuah pusat gaya hidup sehenti dengan 59 lot runcit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.setiaspice.com